fbpx
BARISAN pemain Thailand giat menjalani latihan menjelang aksi final Piala AFF Suzuki 2020 menentang Indonesia di Stadium Nasional Singapura malam ini. – FA THAILAND

Gajah Perang tidak tertekan dilabel pasukan pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking mengakui pasukan­nya melangkah ke pentas final tanpa sebarang tekanan meskipun­ dianggap sebagai pilihan untuk menjuarai Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura kali ini.

Sebagai rekod, skuad Gajah Perang mara ke pentas final untuk bertemu Indonesia pada aksi pertama di Stadium Nasional, Singapura malam ini selepas menyingkirkan juara bertahan, Vietnam di peringkat separuh akhir Ahad lalu.

POLKING

Kata Polking, di atas kertas, sudah tentu pasukannya layak dilabel sebagai pilihan tetapi itu bukanlah tiket untuk memandang rendah kualiti Sang Garuda yang mempamerkan prestasi memberangsangkan di bawah kendalian Shin Tae-yong.

“Kita telah bertemu Indonesia tiga kali di pentas final dan tahu mereka terdesak untuk menjua­rai kejohanan ini buat kali pertama. Berdasarkan prestasi ketika ini, mereka layak untuk berada di pentas final.

“Kalau boleh saya tidak mahu mengenang rekod lalu yang mana kami juara lima kali kejohanan ini, manakala Indonesia pula lima kali bergelar naib juara.

“Ini kerana, apa yang penting adalah semua pemain bersedia untuk memberikan 100 peratus di atas padang kerana perlawanan final adalah berbeza dan peluang terbuka buat kedua-dua pasukan,” katanya.

Sementara itu, Polking turut mengesahkan penjaga gol utama, Chatchai Budprom yang mengalami kecederaan pada aksi separuh akhir yang lepas tidak sempat pulih untuk diturunkan pada kedua-dua perlawanan final itu nanti.

“Kehilangan Chatchai sudah tentu dirindui kerana dia merupakan pemain penting sepanjang kempen kali ini. Namun, posisi penjaga gol akan diisi oleh Siwarak Tedsungnoen dan kami meletakkan kepercayaan penuh terhadapnya kerana dia merupakan pemain paling veteran dalam skuad kali ini,” katanya.

POPULAR