fbpx

Perancangan awal menjelang JWC 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain skuad projek khas lelaki kebangsaan akan diberikan pendedahan secukupnya sebagai persiapan menghadapi JWC 2023 di Kuala Lumpur.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) bersedia memberikan lebih banyak pendedahan kepada barisan pemain skuad projek khas lelaki kebangsaan sebagai persediaan awal menghadapi Piala Dunia Hoki Remaja (JWC) 2023 di Kuala Lumpur.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal mengakui, ia sesuatu yang perlu dilakukan oleh pihaknya selepas skuad projek khas terdahulu berjaya mencapai sasaran ditetapkan iaitu lapan terbaik pada edisi JWC 2021.

Skuad itu tidak sempat meraih banyak pendedahan di­sebabkan pandemik Covid-19 dan hanya mendapat peluang menyertai Siri Jelajah United Kingdom sebulan sebelum saingan JWC 2021 membuka tirai di Bhubaneswar, India hujung bulan lalu.

“Ada tujuh pemain daripada skuad ini yang masih boleh beraksi pada Piala Dunia akan datang. Mereka bersama pemain-pemain baharu yang akan dibawa masuk ke skuad projek khas lelaki kebangsaan.

“Mereka akan diberikan pendedahan secukupnya termasuk menghantar bermain pada perlawanan antarabangsa dan juga mengikuti siri-siri jelajah sebagai persediaan menuju ke Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Malaysia.

“Bagi pemain-pemain yang sudah melepasi had usia 21 tahun, kesinambungan pemain akan diteruskan dengan menye­rap mereka daripada skuad remaja ke pasukan senior kebangsaan,” kata Subahan.

MHC membuat langkah tepat untuk memberikan banyak pendedahan kepada skuad remaja baharu selepas ini dan seharusnya memilih benua Eropah sebagai destinasi pilihan kerana berpeluang menguji taring dengan lawan-lawan lebih kuat.

Ini kerana, pasukan-pasukan dari Eropah sentiasa menjadi halangan utama buat Malaysia dan terbukti apabila skuad remaja negara tewas tiga perlawanan terakhir kepada Perancis, Belanda dan Sepanyol pada JWC 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI