fbpx

Pemborong ayam gagal patuhi harga siling dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nurkhuzaini (dua dari kanan) memeriksa harga ayam ketika merasmikan SHKMMP Krismas peringkat Terengganu di sebuah pasar raya besar di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kedegilan sebuah syarikat pemborong ayam ingkar mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) membawa padah apabila dikompaun baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pemeriksaan mendapati pemborong terbabit menjual ayam melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM8 sekilogram.

“Pemborong di Kuala Terengganu itu didapati menjual ayam pada harga sehingga RM8.30 sekilogram pada 9 Disember lalu.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu telah mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada pemborong itu,” katanya selepas merasmikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMMP) Krismas peringkat Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Nurkhuzaini berkata, sebanyak lapan premis makanan di negeri ini telah dikompaun atas pelbagai kesalahan dalam Ops. Menu yang berakhir Selasa lalu.

Jelasnya, antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat penimbang tidak ditentusahkan.

“Kesemua pengusaha restoran tersebut dikenakan kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI