fbpx

Mikrocip disuntik pada lengan simpan rekod vaksinasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mikrocip yang disuntik pada tangan itu boleh menyimpan rekod vaksinasi Covid-19. - EUTERS/Arnd Wiegmann

STOCKHOLM – Sebuah syarikat yang baru bertapak di Sweden bernama Epicenter telah mencipta mikrocip ‘bersaiz sebiji beras’ yang boleh ditanam di dalam kulit manusia, lapor laman berita Wion News semalam. 

Cip pelbagai fungsi itu boleh menyimpan rekod vaksinasi Covid-19, data pasport dan digunakan untuk membuat pembayaran tanpa tunai.

Kira-kira 6,000 orang di Sweden telah menerima suntikan cip tersebut pada tangan mereka.

Cip tersebut menggunakan protokol komunikasi medan dekat (NFC) dan memindahkan data melalui gelombang elektromagnet. 

Menurut ketua pegawai pengedaran Epicenter, Hannes Sjöblad, implan adalah teknologi serba boleh yang mampu digunakan untuk pelbagai perkara. 

‘’Ketika ini ia dengan mudah menyimpan rekod vaksinasi Covid-19 yang sentiasa boleh diakses pada implan anda.

‘’Jika telefon anda kehabisan bateri, ia sentiasa boleh diakses. Jadi itu cara kita guna teknologi hari ini. Tahun depan kami akan menggunakannya untuk sesuatu perkara lain,’’ jelasnya. 

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Patrick Mesterton berkata, ‘faedah terbesar yang saya fikir adalah kemudahan’.

‘’Secara asasnya ia menggantikan banyak alatan yang anda miliki termasuk peranti komunikasi lain, sama ada diguna untuk kad kredit atau sebagai kunci,’’ jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI