fbpx

Dua lokasi di Shah Alam dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di hadapan Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melalui beberapa laluan di sekitar Shah Alam yang melibatkan kawasan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya dan Stadium Seksyen 13.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, paras air di kawasan tersebut mula menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, berlaku keadaan hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi sehingga sekitar pukul 6 pagi di Shah Alam.

Terbaharu, di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Plaza Tol Shah Alam, aliran trafik mula perlahan disebabkan laluan kanan dinaiki air berikutan banjir kilat yang berlaku sehingga satu lorong masuk ditutup sementara.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap di laluan yang dinaiki air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI