fbpx

Bekas madu Izreen Azminda, Intan Liana temui jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan Liana Saleh yang juga usahawan selebriti kembali hidup berdua apabila selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati, Aizam Yahya, malam tadi.

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan Liana Saleh yang juga usahawan selebriti kembali hidup berdua apabila selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati, Aizam Yahya, malam tadi.

Wanita berusia 35 tahun itu sah menjadi milik Aizam dalam majlis pernikahan berlangsung di Sky Grand Ballroom di Jalan Ampang yang turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat.

“Dengan seluruh hati untuk sepenuh kehidupan, insya-Allah. Tak banyak yang kupinta, hanya kekal ke syurga,” katanya menerusi Instagram.

Bagaimanapun, wanita asal Segamat, Johor yang pernah menjadi model untuk koleksi tudung Datuk Seri Aliff Syukri dan busana raya Annas Easkay itu tidak menyatakan lebih terperinci identiti suaminya.

Intan yang dinikahkan ayahnya sendiri dilihat tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika Aizam menyarungkan cincin di jari manis untuk acara pembatalan air sembahyang.

Sama cantik, sama padan, kedua-dua mempelai yang memilih warna peach diiringi anak lelaki Intan hasil perkahwinan terdahulu, Arish Muqri, 7, serta Ariq Muqri, 4, lengkap berbaju Melayu rona sama dan bertanjak.

Menerusi ruang komen, rata-rata yang mengikuti laman sosialnya menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan pasangan tersebut kekal bahagia.

Terdahulu, walaupun bukan berstatus artis, kehidupan Intan tetap menjadi sorotan masyarakat apabila detik pergolakan rumah tangga dengan pemuzik, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mencetus sensasi sekitar 2017.

Intan yang sempat menjadi madu kepada pelakon Izreen Azminda kemudian bercerai dengan Ude pada 2018 iaitu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI