fbpx
Noor Azlan (kanan) menyerahkan dokumen Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape kepada Ismail Sabri di Putrajaya hari ini.

EAC gariskan 8 agenda pacu transformasi ekonomi pasca Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak lapan agenda perubahan telah digariskan oleh sekumpulan pakar ekonomi untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebagai teras strategik untuk memacu transformasi ekonomi negara bertepatan dengan landskap ekonomi baharu pasca-krisis Covid-19.

Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) berkata, lapan agenda berkenaan telah disertakan dalam dokumen ‘Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape’ oleh kumpulan pakar ekonomi yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif EAC, Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali.

“Ia merangkumi aspek pendigitalan ekonomi, aplikasi teknologi termaju, penyusunan strategi globalisasi, pengukuhan tanggungjawab bersama, tadbir urus dan kelestarian, penyediaan bakat, pemerkasaan perkhidmatan awam dan pasaran yang adil juga kompetitif, menangani kerentanan serta transformasi korporat.

“Dokumen itu merupakan laporan hasil kajian susulan sesi libat urus dan bengkel intensif bersama kementerian serta agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik juga pemegang taruh daripada pelbagai industri dan institusi yang telah diadakan sejak tahun lepas,” kata kenyataan itu hari ini.

Dokumen berjumlah 143 muka surat tersebut yang turut menyenaraikan 30 fokus utama dan 153 inisiatif perubahan disyorkan oleh Sekretariat EAC itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Jelas kenyataan itu, Noor Azlan berkata bahawa pendekatan tersebut diambil bagi memastikan cadangan yang konklusif dan menyeluruh dibuat berasaskan pengalaman, pemerhatian dan pandangan semua pihak, khususnya susulan daripada krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Cadangan perubahan tertumpu kepada aspek struktur yang diperlukan untuk Malaysia terus cemerlang selaras dengan lanskap ekonomi baharu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN