fbpx

Dramatik, perkahwinan terpaksa dengan ketua mafia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA ini bersiaran selama 48 episod menerusi slot Yasemin di TV3.

MENAMPILKAN sinematografi memukau, barisan pelakon yang tampan dan jelita serta jalan cerita mendebarkan, sebuah drama bersiri popular dari Turki berjudul Siyah Beyaz Ask (Price of Passion) kini sedang rancak ditayangkan menerusi slot Yasemin di TV3.

Siyah Beyaz Ask yang ditayangkan pada setiap hari Sabtu, pukul 2 petang dilakonkan oleh dua bintang Turki berkarisma iaitu Ibrahim Çelikkol dan Bircey Akalay.

Menariknya, drama bersiri 48 episod tersebut memperoleh rating tontonan tinggi ketika siarannya di Channel D, Turki.

Lebih membanggakan, naskhah ber­kenaan turut dicalonkan dalam anugerah yang berprestij seperti Golden Palm Awards (2018), Pantene Golden Butterfly Awards (2018) dan PRODU Awards (2019).

Bersiaran selama dua jam, Siyah Beyaz Ask mengisahkan tentang pengorbanan yang dilakukan oleh Asli (Bircey), seorang pakar bedah yang menghabiskan hidupnya dalam bidang perubatan.

Namun demi keselamatannya, dia terpaksa mengahwini Ferhat (Ibrahim), seorang ketua mafia yang berhati keras dan tiada belas kasihan.

Pertemuan Asli dan Ferhat bermula dengan insiden yang tidak disenangi.

Asli diculik oleh konco-konco Ferhat untuk memberi rawatan kepada lelaki yang didakwa sebagai bapanya.

Selepas mendapati lelaki yang terce­dera akibat tembakan itu bukanlah bapa kepada Ferhat, Asli tidak menghabiskan pembedahan dan dia melepaskan diri.

Konflik

Dalam naskhah yang ditayangkan pada 2017 dan berakhir pada 2018 tersebut, pelbagai konflik dipaparkan kepada penonton termasuklah dugaan yang dihadapi mereka selepas berkahwin.

Paling menarik perhatian, faktor lain yang menjadi daya tarikan naskhah yang diterbitkan oleh syarikat produksi D Productions tersebut adalah kedua-dua hero serta heroinnya.

Di sebalik jalan cerita yang mendebarkan, Siyah Beyaz Ask menjadikan watak kacak dan cantik pelakon utamanya sebagai bonus untuk menarik perhatian penonton.

Ferhat yang merupakan ketua mafia dan ganas serta tidak mempunyai belas kasihan bagaimanapun ada sisi lembut pada lelaki itu.

Meskipun perkahwinannya dengan Asli berlaku secara paksaan, namun lelaki itu berubah menjadi seorang yang sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintainya.

Menemui penonton tempatan menerusi tayangan setiap Sabtu, adalah satu kerugian andainya naskhah tersebut tiada dalam senarai tontonan.

Demi meneruskan hidup, Asli terpaksa berkahwin dengan Ferhat, lelaki yang sangat bahaya. Bermulalah perjalanan hidup seorang pakar bedah yang bertarung nyawa dalam dunia mafia!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI