fbpx

PRN Sarawak: GPS buat persiapan ‘mega’ di BCCK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di dewan utama BCCK yang menjadi lokasi calon GPS berkumpul bagi menantikan keputusan PRN ke-12.

KUCHING- Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mula berkumpul di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi menantikan pengumuman keputusan yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Difahamkan, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg akan mengadakan sidang akhbar khas di BCCK sejurus keputusan penuh PRN diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, GPS dilihat melakukan persiapan ‘mega’ di BCCK sekali gus memberi bayangan gabungan parti itu berpotensi besar membentuk kerajaan negeri yang baharu malam ini.

Setakat ini, dua DUN berjaya dimenangi GPS melibatkan kerusi Belaga dan Sebuyau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI