fbpx

PRN Sarawak: Abang Johari buang undi di DUN Satok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari selesai membuang undi bagi DUN Satok sebentar tadi.

KUCHING- Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg selesai mengundi di Kompleks Sukan Satok sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini.

Beliau yang juga calon GPS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong tiba kira-kira pukul 10 pagi tadi bagi membuang undi di DUN Satok.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Pada PRN kali ini, Abang Johari membuat kemunculan sulung di DUN Gedong sebagai calon GPS selepas hampir sembilan kali bertanding di DUN Satok.

Abang Johari membuat keputusan berpindah ke Gedong juga merupakan kawasan luar bandar berikutan mahu berkhidmat kepada masyarakat di situ sebelum bersara.

Calon GPS DUN Satok diwakili oleh Datuk Ibrahim Baki dan beliau akan ditentang dua lagi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bumi Kenyalang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI