fbpx

Kes sembuh Covid-19 lepasi jumlah jangkitan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka sembuh hari ini merekodkan sebanyak 5,098 kes, melebihi kes harian serta menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,625,245 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,362 kes termasuk 28 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,711,764 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 89 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,273 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 12 kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster aktif sebanyak 257 kluster,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 400 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 198 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI