fbpx

Cubaan 42 PATI masuk Malaysia gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bot yang berjaya ditahan.

SEMPORNA – Seramai 42 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) ketika cuba menyusup masuk ke negara ini melalui kawasan perairan Bangau-Bangau, semalam.

Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki dewasa, 10 wanita, 10 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan yang menaiki dua buah bot tanpa dokumen pengenalan diri sah.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, pesawat jenis C-130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan tiga buah bot dari arah Pulau Sitangkai, Filipina menuju ke kawasan perairan Bangau-Bangau, Semporna.

“Maklumat kemudiannya disalurkan kepada Malaysia Maritime Command Centre (MCC) berpusat di MK ATB 2 untuk tindakan lanjut.

“Kapal Diraja (KD) Baung yang berada berhampiran lokasi kejadian diarahkan memantau ketiga-tiga bot terbabit sehingga pasukan bot pemintas tiba di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, sebuah bot berjaya meloloskan diri selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan manakala dua lagi berjaya ditahan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit hanya menemui barangan peribadi dan tiada sebarang penemuan barang-barang berbahaya sebelum kesemua PATI berkenaan diusir pulang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI