fbpx

Brand Of The Year, TNB menang empat tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA -Tenaga Nasional Berhad (TNB) merangkul pengiktirafan Brand of the Year buat kali ke-5 dalam anugerah berprestij World Branding Awards edisi ke-14 anjuran World Branding Forum (WBF) di London baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, anugerah itu adalah manifestasi usaha berterusan 35,000 warga kerja TNB memberikan perkhidmatan terbaik kepada lebih 10.3 juta pelanggannya di sebalik cabaran pandemik Covid-19 yang masih berterusan.

“Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman pengguna yang bertaraf dunia dengan ketangkasan kami memperkenalkan perkhidmatan baru dan komitmen membuat pelaburan ke arah peralihan tenaga selaras dengan aspirasi TNB.

“Antara inisiatif utama yang sedang giat kami laksanakan sekarang adalah memperkukuhkan dan memodenkan sistem Grid Nasional menjadi grid pintar untuk perkhidmatan bekalan yang lebih berkualiti dan memasang meter pintar bagi memperkasa pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Baharin, TNB mula menerima pengiktirafan Brand of the Year bagi kategori Energy-Power pada tahun 2014 dan menerima anugerah yang sama berturut-turut pada 2018, 2019, 2020 dan terbaharu 2021.

Sementara itu, lebih 345,000 pengguna di seluruh dunia menyertai proses pencalonan World Branding Awards tahun ini melibatkan pelbagai jenama dari lebih 60 negara yang dicalonkan dan hanya 500 pemenang dipilih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI