fbpx

Bayern terus kuasai takhta Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI (kiri) meledak dua gol ketika Bayern membenam Stuttgart 5-0 pada aksi Bundesliga awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann memuji aksi ‘lima bintang’ yang dipamerkan untuk menang ke atas Stuttgart 5-0 pada aksi Bundesliga yang berlangsung di Stadium Mercedes-Benz Arena awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, skuad The Bavaria itu tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata berharga hasil jaringan hatrik yang dilakukan oleh Serge Gnabry dan dua gol sumbangan Robert Lewandowski sekali gus membantu pasukan mengukuhkan cengkaman di takhta pendahulu liga.

Kata Nagelsmann, prestasi memukau yang dipamerkan oleh Gnabry bukanlah sesuatu yang mengejutkan tetapi percaya masih ada ruang untuk pemain sayap antarabangsa Jerman itu memperbaiki momentum pada aksi akan datang.

“Kita semua tahu kualiti yang ada pada Gnabry tetapi harus diakui pada tahun ini dia agak bergelut kerana sering mengalami kecederaan selain baru sahaja pulih selepas menjalani kua­rantin selepas disahkan positif Covid-19.

“Justeru, saya sangat gembira apabila dia dapat merekodkan jaringan hatrik pada aksi kali ini tetapi saya tidak mahu dia men­dabik dada sebaliknya menggunakan ruang untuk memperbaiki kelemahan terutama dalam memastikan terus konsisten meledak gol untuk pasukan,” ­katanya.

Dalam perkembangan sama, Nagelsmann mengakui agak risau selepas melihat pemain sayap Perancis, Kingsley Coman terpaksa dikeluarkan pada awal babak pertama susulan kecederaan yang dialami.

“Berdasarkan laporan awal yang diterima, Coman mengalami kecederaan otot dan terpaksa dikeluarkan serta-merta pada babak pertama. Saya harap dia tidak akan berehat untuk jangka masa yang lama kerana kita perlukan semua pemain dalam skuad utama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI