fbpx

Nestle meterai MOA dengan Sime Darby Plantation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARANOLS (dua dari kanan) menunjukkan dokumen MOA bersama Pengarah Urusan Kumpulan SDP, Mohamad Helmy Othman Basha (dua dari kiri).

PETALING JAYA – Nestlé Malaysia telah menandatangani Memorandum Persetujuan (MOA) dengan  Sime Darby Plantation (SDP) sebagai usaha untuk menggiatkan lagi usaha pemuliharaan hutan dengan menanam tiga juta pokok di Malaysia menjelang tahun 2023 menerusi Projek RELeaf

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé, Juan Aranols berkata, di bawah MOA tersebut, lebih daripada satu juta pokok bakal ditanam di ladang-ladang kelapa sawit SDP yang meliputi zon tebing sungai dan cerun curam seluas 1,200 hektar.

Projek RELeaf yang dilancarkan pada 2020 oleh Nestlé Malaysia, bertujuan memulihkan ekosistem tebing sungai dan hutan di kawasan tanah lembap Kinabatangan dan kawasan pemuliharaan Hutan Merisuli di Sabah dan juga hutan simpan di sepanjang kawasan Central Forest Spine di Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, ini adalah sebahagian daripada usaha global Nestlé untuk menangani isu perubahan iklim dan mengurangkan jejak karbon Syarikat.

“Perlindungan alam sekitar menjadi keutamaan penting bagi Nestlé. Sebab itulah kami telah melaksanakan inisiatif ini untuk membantu melindungi dan memulihara biokepelbagaian semula jadi negara dan ini termasuk usaha penanaman semula hutan kami seperti Projek RELeaf, yang bermatlamat menanam tiga juta pokok menjelang 2023.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan SDP, yang juga merupakan pembekal utama minyak sawit lestari bagi Nestlé Malaysia. Menerusi kerjasama ini, ia akan dapat mengurangkan jumlah emisi di sepanjang rantaian nilai kami, sambil membantu memulihara ekosistem semula jadi,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Aranols, usaha tersebut menyokong ikrar global kami untuk mencapai emisi gas rumah hijau sifar menjelang 2050.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI