fbpx

Celine Evangelista didekati lelaki bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELINE EVANGELISTA

PELAKON cantik Celine Evangelista mengakui banyak di dekati lelaki yang mahu memiliki dan menjadikan dirinya sebagai kekasih.

Pelakon berusia 29 tahun itu bagaimanapun berkata, malang­nya kebanyakan lelaki yang mahu mendekati dirinya itu adalah terdiri daripada golongan bawah umur.

“Memang ramai lelaki yang mahu mendekati saya. Tetapi sayangnya kebanyakan mereka adalah lelaki bawah umur yang jauh lebih muda daripada saya,” ujarnya.

Ironinya, bintang Misteri Hantu Selular itu tidak kisah apabila ada jejaka mahu mendekatinya kerana menganggap mereka sebagai sebahagian daripada peminat.

“Tidak mengapa, mereka semua peminat saya. Mereka cuma mahu berkenalan,” dedahnya.

Selain didekati remaja bawah umur, Celine juga mengakui banyak didekati usahawan lelaki ‘hidung belang’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI