fbpx

3 lelaki mengamuk tidak tahan bunyi bising di tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki mengamuk di sebuah tadika di Bandar Sri Sendayan di sini selepas tidak tahan dengar bunyi bising anak-anak yang belajar di situ.

SEREMBAN – Tiga lelaki bertindak mengamuk di sebuah tadika di Bandar Sri Sendayan di sini semalam selepas dipercayai tidak tahan dengan bunyi bising anak-anak yang belajar di pusat asuhan tersebut.

Tiga rakaman video yang memaparkan kejadian tersebut turut tular di media sosial Facebook hari ini sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dan siasatan lanjut dijalankan selepas pengusaha tadika membuat laporan polis hari ini.

“Difahamkan perselisihan faham berlaku disebabkan jiran terganggu dengan bunyi bising murid tadika berkenaan yang sedang belajar dan ketika kejadian terdapat seramai 76 murid.

“Hasil perbincangan antara pengusaha tadika dan tiga individu terbabit yang dipanggil ke balai polis, mereka telah bersetuju supaya perkara ini tidak dipanjangkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nanda berkata, pihak polis berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan dan penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan terkawal.

Beliau berkata, masyarakat juga diminta tidak lagi menyebarkan rakaman video kejadian yang berlaku kerana boleh mendatangkan rasa tidak tenteram penduduk. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI