fbpx

Sajat duduk Australia tetap boleh kena bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa barang Sajat di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya dekat sini akan disita hari ini.

SHAH ALAM – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat masih boleh dikenakan tindakan termasuk pengisytiharan bankrap dan penyitaan hartanya di Australia yang merupakan ‘rumah’ baharunya selepas melarikan diri dari Malaysia.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd., berkata, ini dilakukan menerusi prosiding undang-undang iaitu ‘Resitrocal’ yang boleh digunakan pakai di Australia iaitu sebuah negara di bawah negara-negara Komanwel.

Katanya, langkah itu sekiranya segala sitaan asetnya di negara ini masih belum mencukupi bagi membayar hutang saman penghakiman RM200,000 kepada OWA Resources.

“Walaupun Sajat berada di luar negara ia tidak bermaksud boleh terlepas daripada pe­nguatkuasaan undang-undang. Ini berikutan terdapat penghakiman yang sah di Malaysia yang boleh dikuatkuasakan (difailkan semula) di negara-negara Komanwel termasuk di Australia.

Berita berkaitan: Sajat tak kisah barang miliknya dilelong

“Justeru, segala prosedur yang dilakukan di negara ini juga boleh dilakukan kepadanya di Australia seperti pengisytiharan bankrap, pembekuan akaun dan sita. Jadi dia (Sajat) tidak boleh lari.

Kediaman Sajat di Damansara.

“Bagaimanapun, setakat ini saya belum mendapat arahan daripada anak guam untuk ke prosedur tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Nurul Hafidzah, sejak pengisytiharan dan perintah sitaan dan jualan yang diperolehi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam 30 November lalu didapati tiada sebarang surat tawaran daripada Sajat bagi menyelesaikan hutang tersebut sehingga semalam.

Difahamkan lebih 30 barang telah sita dan akan dilelong di rumahnya Sajat di Damansara, Pe­taling Jaya dekat sini hari ini. Antaranya termasuk jam antik, piano, set bilik tidur dan alat solek serta lampu gantung.

Kesemua nilainya dianggarkan lebih RM70,000 sahaja berbanding tuntutan saman penghakiman RM200,000 daripada OWA Resources.

“Proses lelongan itu biasanya dilakukan pelelong yang telah dilantik. Justeru, sama ada cukup atau tidak bergantung kepada bidaan yang akan dilakukan esok (hari ini).

“Hutang Sajat pada awalnya kira-kira RM108,000 sahaja, namun ekoran sikapnya yang sendiri tidak ingin menyelesaikan sehingga membawa kepada beberapa proses mahkamah menyebabkan menjadi RM200,000,” tegasnya.

November lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Sajat disita bagi menuntut pampasan RM200,000 dibayar kepada bekas stokis utamanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI