fbpx

Persenda logo KFC dan Kim Jong-un, pemain dilarang bermain 8,000 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tersebut telah membuat satu rekaan kulit kereta yang menggantikan gambar Kolonel Sanders pada logo KFC kepada wajah pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.. – Daily Star

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang pemain dilarang bermain permainan video Forza Horizon 5 hampir 8,000 tahun kerana membuat dekorasi  kereta dengan menukar gambar ‘kolonel sanders’ pada logo KFC kepada imej Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Perkara tersebut dimuat naik menerusi aplikasi Reddit oleh pemilik akaun bernama @AllThingsRacing.

Menurut pemilik akaun tersebut, rakannya mendapat mesej daripada Pasukan Komuniti Forza yang menyatakan bahawa dia tidak akan dapat bermain permainan itu sehingga 31 Disember 9999. 

Hal itu disebabkan pemain tersebut telah membuat dekorasi kereta yang menggantikan gambar Kolonel Sanders pada logo KFC kepada wajah Kim Jong-un.

Pemain itu turut menambah perkataan ‘#SendNukes’, menggantikan jenama Pirelli kepada Pyongyang dan menukar jenama Nike dan New Balance kepada Nuke dan Nuke Balance.

Disebabkan perkara itu dilihat boleh membangkitkan isu politik, ada pihak berkuasa yang tidak setuju dengan jenaka yang cuba dilakukan lalu mengutarakan larangan dilakukan. 

Larangan tersebut adalah bukan daripada syarikat yang menghasilkan permainan video Forza Horizon 5 iaitu Playground Games tetapi sebaliknya daripada Turn 10 Studios yang merupakan pencipta kepada permainan video Forza Motorsport. 

Perkara itu menyebabkan pemain-pemain lain enggan mengubah dekorasi  kereta mereka ‘selama-lamanya’ kerana tidak berpuas hati dengan larangan yang dikenakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI