fbpx

Hanya dibenarkan operasi setelah tiada lagi isu lalat – KP Veterinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ladang ternakan ayam berhampiran Kampung Lembah Jaya di sini yang diarah dikosongkan.

BENTONG – Ladang ternakan ayam di Kampung Lembah Jaya di sini yang diarah dikosongkan hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas tiada lagi isu lalat dilaporkan di kawasan kampung terbabit.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor berkata, pihak Jabatan Veterinar akan membuat pemantauan dan penilaian setiap minggu sebelum dibenarkan beroperasi kembali.

“Ladang ternakan ayam tersebut telah diarah dikosongkan selama dua bulan bagi menyelesaikan isu pembiakan lalat yang menyebabkan kacau ganggu.

“Dalam tempoh ini pengusaha perlu membuat pembersihan ladang dan ‘rehat’ tanpa ternakan bagi memutuskan kitaran hidup lalat,” katanya di sini hari ini.

Dr. Norlizan.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan nikmat kehidupan dan ketenangan tinggal di kampung kini tidak lagi dirasai oleh kira-kira 300 penduduk di Kampung Lembah Jaya di sini gara-gara serangan lalat sejak dua tahun lalu.

Akibat serangan lalat itu mengakibatkan kira-kira 60 buah rumah di kampung yang terletak di Simpang Pelangai tersebut terpaksa ditutup 24 jam sekali gus menjadi seperti sebuah perkampungan kosong.

Susulan itu Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Seri Johari Harun dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang, Dr. Kamaliah Ghazali turun melawat ladang ternakan ayam yang terletak kira-kira 150 meter daripada rumah penduduk itu.

Ekoran itu juga JPV Pahang mengarahkan pengusaha ladang ternakan ayam di Kampung Lembah Jaya di sini yang dikenalpasti menyebabkan masalah serangan lalat di kampung berkenaan agar mengosongkan reban ayam berkenaan dengan segera.

Jika gagal mengikut arahan kompaun boleh dikeluarkan mengikut kesalahan dikenalpasti dan dikenakan tindakan tidak memperbaharui lesen. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI