fbpx

Batu nilam terbesar dunia berat 310 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu nilam itu dipamerkan di Horana, Colombo. - Ishara S. Kodikara/AFP/Getty Images

COLOMBO – Pihak berkuasa Sri Lanka melaporkan penemuan batu nilam biru semula jadi terbesar di dunia seberat 310 kilogram dari dalam sebuah lubang mengandungi batu pertama kira-kira tiga bulan lalu, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Pakar-pakar permata tempatan yang memeriksa batu nilam itu berkata, permata nilam dengan berat melebihi 300 kilogram sangat jarang ditemui di dunia.

Beberapa organisasi antarabangsa dikatakan masih belum mengesahkan keaslian batu permata itu. 

Batu nilam itu dipamerkan di rumah salah seorang pemilik lubang batu permata di Horana, iaitu 65 kilometer ke selatan Colombo.

Sekumpulan sami Buddha dikatakan melaungkan kalimah berkat pada batu permata itu sebelum ia didedahkan kepada orang ramai.

Batu nilam itu ditemui di kawasan Ratnapura yang kaya dengan batu permata di mana penduduk tempatan sebelum ini menemui gugusan batu nilam terbesar dunia di sebuah laman secara tidak sengaja.

Ratnapura dikenali sebagai ibu kota permata negara rantau Asia Selatan tersebut. Sri Lanka juga merupakan pengeksport utama baru nilam dan permata berharga lain.

Negara itu memperoleh pendapatan kira-kira AS$500 juta (RM2.1 bilion) melalui eksport batu permata, berlian dan barang kemas lain pada tahun lepas, demikian menurut badan industri permata dan barang kemas tempatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI