fbpx

Polis siasat pemandu Proton Wira berlagak marsyal halang lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah Proton Wira digunakan sebagai marshall untuk halang kenderaan lain bagi memberi laluan konvoinya di bandar Sitiawan, Perak.

LUMUT – Polis sedang menyiasat kejadian sebuah kereta Proton Wira bertindak menghalang laluan kenderaan lain bagi memberi laluan satu konvoi di Sitiawan yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Dalam klip video berdurasi 13 saat itu, kelihatan sebuah Proton Wira warna kelabu berjalur kuning bertindak seolah-olah menjadi marsyal di laluan utama bandar Sitiawan dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boon Khim berkata, polis telah memanggil seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu untuk direkodkan percakapannya.

Jelasnya, pada masa sama, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira kelabu dengan jalur kuning pada badannya untuk siasatan lanjut’,

“Berpandukan paparan pada laman Facebook JUSSHAIRI JAUHHARI dengan tajuk ‘Seperti polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka.

“Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung membuat laporan polis pada pukul 2.29 petang tadi untuk siasatan dan tindakan selanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada konvoi kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala sebuah kuil Hindu di Sitiawan.

Kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI