fbpx

Pemandu lori tangki guna lorong kecemasan serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU lori tangki yang memandu menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan telah menyerah di Balai Trafik Port Dickson.

PORT DICKSON – Pemandu lori tangki yang dikesan memandu menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan dalam sebuah video yang tular di Facebook telah menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu berusia 34 tahun itu telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada pukul 2.45 petang.

“Lelaki berkenaan hadir setelah video rakaman beliau memandu di lorong kecemasan telah ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular video berdurasi 16 saat di media sosial Facebook memaparkan sebuah lori tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan dan kejadian dipercayai berlaku antara pukul 2 hingga 4 petang, Sabtu lalu di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, sembilan pemilik kenderaan yang turut dikesan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan masih belum tampil menyerah diri selepas video berdurasi 43 saat tular di Facebook ‘Port Dickson Area’.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan kejadian yang berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang, Ahad lalu menunjukkan pergerakan kenderaan semasa itu dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI