fbpx
Adham

MOSTI capai 100 peratus 33 inisiatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencapai sasaran 100 peratus bagi kesemua 33 inisiatif termasuk tiga petunjuk prestasi utama yang ditetapkan.

Kesemua 33 inisiatif tersebut mencapai sasarannya pada 7 Disember dengan tiga Aspirasi Keluarga Malaysia utama yang ditetapkan MOSTI telah dicapai lebih awal iaitu pada 15 November.

Ia melibatkan pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara, pembangunan ekosistem industri pemula yang komprehensif serta penginovasian sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi MyHackathon dan Malaysia Techlympics.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kejayaan ini didorong oleh kebersamaan Keluarga MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya yang berusaha gigih untuk mencapai sasaran ditetapkan.

“Dengan pencapaian cemerlang ini, MOSTI komited untuk terus memperkasakan dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi bagi jangka pendek dan jangka panjang serta memastikan apa jua inisiatif yang dilaksanakan sampai manfaatnya kepada Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi dua suku pertama tahun 2022, kementerian itu akan memberi fokus antaranya bagi pelan hala tuju kecerdasan pintar, internet benda (IoT), pertanian pintar, kenderaan elektrik dan nanoteknologi, pengkomersialan teknologi dron serta inovasi sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN