fbpx

KKMM bantu penggiat industri, B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad (kanan) merasmikan Aplikasi RTMKlik pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semalam melancarkan tiga inisiatif khusus untuk membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan pandemik Covid-19 pada masa ini.

Inisiatif pertama adalah penyerahan ‘Kotak Kasih’ oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat e-dagang Shopee, manakala RTMKlik sebagai platform penyiaran ketiga Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Turut dilancarkan kempen #SayaDigital menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta penyerahan geran automasi digital dan kandungan digital.

Kesemua inisiatif itu dilancarkan serentak oleh Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan semangat Keluarga Malaysia yang diinspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau menyambut baik usaha tersebut kerana seperti semua maklum tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi seluruh Keluarga Malaysia.

“Usaha dan kerjasama ini perlu diterapkan dalam semua peringkat masyarakat.

“KKMM sentiasa prihatin terhadap nasib semua Keluarga Malaysia yang terkesan susulan pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohammad (tiga dari kiri) bergambar bersama sebahagian penerima manfaat Kotak Kasih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, inisiatif tanggungjawab korporat sosial (CSR) oleh MyCreative Ventures dengan Shopee akan mengagihkan Kotak Kasih berupa bantuan makanan kepada 10,000 keluarga di seluruh negara.

“Setiap kotak mengandungi barangan makanan seperti beras, gula, bihun, malt coklat, biskut, minyak masak dan pelbagai lagi keperluan asas.

“Tujuan CSR ini adalah untuk membantu ahli komuniti kreatif dan kumpulan B40 terutamanya dalam waktu pandemik yang mencabar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh berkata, pihaknya bersyukur kerana dapat membantu dan membekalkan kotak-kotak bantuan kepada komuniti kreatif tempatan sebagai sebahagian daripada inisiatif amal #ShopeeGivesBack.

“Inisiatif ini sejajar dengan usaha berterusan untuk menyokong komuniti tempatan dan kami berharap Kotak Kasih ini dapat membawa keceriaan kepada keluarga yang menerimanya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI