fbpx

Roh filem terbaik FFM31, terima dana setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Roh diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

PETALING JAYA – Filem Roh arahan pengarah prolifik, Emir Ezwan melakar sejarah sendiri apabila filem garapannya, Roh diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan naskhah dibintangi June Lojong, Farah Ahmad dan Nam Rom itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Dalam pada itu, pelakon filem berkenaan June Lojong menerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Turut mencuri tumpuan apabila filem Sangkar turut membawa pulang beberapa anugerah utama termasuk Pengarah Terbaik (Kabir Bhatia), Pelakon Lelaki Terbaik (Zul Ariffin) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Remy Ishak).

Dengan tema Citra Sinema, FFM31 disiarkan secara langsung menerusi TV2 dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Diacarakan oleh Awal Ashaari dan Sharifah Shahira, penganjuran FFM31 diadakan dengan penerapan norma baharu dalam meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan pandemik Covid-19.

Buat julung kalinya, pemenang Filem Terbaik FFM31 menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000. FFM31 menyaksikan 55 filem yang dihasilkan pada 2018 hingga 2020 dipertandingkan. – K! ONLINE

Senarai pemenang FFM31:

Filem Terbaik
Roh

Pengarah Terbaik
Kabir Bhatia (Sangkar)

Pelakon Lelaki Terbaik
Zul Ariffin (Sangkar)

Pelakon Wanita Terbaik
Sinje Lee (The Garden of Evening Mists)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Remy Ishak (Sangkar)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Junainah M. Lojong (Roh)

Sinematografi Terbaik
Low Soon Keong (Fly By Night)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Putri Qaseh (Roh)

Lagu Tema Terbaik
Ayuhlah – Datuk Zainal Abidin (Suatu Ketika)

Penyunting Terbaik
Heng Yin Chau (Fly By Night)

Cerita Asal Terbaik
Tan Twan Eng (The Garden of Evening Mists)

Lakon Layar Terbaik
Emir Ezwan (Roh)

Pelakon Lelaki Harapan
Anding Indrawan (Headhunter)

Pengarah Harapan
Zahir Omar (Fly By Night)

Pelakon Wanita Harapan
Fify Azmi (Wira)

Anugerah Khas Juri
Headhunter
Geran
Suatu Ketika

Filem Box Office
Ejen Ali The Movie

Penataan Seni Terbaik
Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir
Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman
Fauziah Nawi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI