fbpx

Kes jangkitan Covid-19 hanya di MRSM Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah (tengah) diberi penerangan tentang produk persekolahan keluaran Canggih semasa melancarkan program Canggih Go dan pembukaan cawangan baru di Ampang Baru, Ipoh hari ini.- Foto: Liyana Ramli

Oleh  LIYANA RAMLI

IPOH – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengesahkan hanya pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS), Kuala Kangsar sahaja dikesan positif Covid-19 sehingga kini.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, pihaknya hanya menerima laporan kes jangkitan wabak itu di Perak dan tiada sebarang laporan membabitkan lain-lain MRSM di seluruh negara.

“Berdasarkan laporan, di Perak terdapat 20 orang pelajar yang masih dalam pemantauan Pejabat Kesihatan Daerah disebabkan jangkitan Covid-19.

“Keadaan mereka baik dan kesemuanya masih ditempatkan di asrama maktab tersebut manakala yang lainnya sudah pun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas melancarkan program Canggih Go dan pembukaan outlet di Ampang Baru di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI