fbpx

UiTM juara Golf Staf Universiti Awam Malaysia ke-48

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (tiga kanan) bersama pasukan UiTM A yang memenangi kategori berpasukan Kejohanan Golf Staf Universiti Awam Malaysia ke-48.

SHAH ALAM– Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Golf antara Universiti Awam Malaysia ke-48.

Kejayaan itu hasil pungutan dua pingat emas, tiga perak dan dua gangsa yang diadakan tiga lokasi berasingan di sekitar Shah Alam, iaitu Kelab Golf Kota Permai, Kelab Golf Glenmarie dan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam bermula 7 Disember lalu.

Seramai 296 pemain yang terdiri daripada warga kerja universiti awam mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd.Janor, objektif penganjuran pertandingan golf tersebut adalah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga kerja universiti awam.

“Pertandingan ini diyakini dapat membentuk lebih banyak jaringan dalam kalangan peserta untuk berkongsi pendapat dan kepakaran masing-masing.

“Saya berharap agar pertandingan golf ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkukuhkan lagi hubungan serta rangkaian antara semua pemain golf dalam kalangan staf universiti awam di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan kejohanan itu di Kelab Golf Glenmarie, malam tadi. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI