fbpx

Ibu bapa tuntut guru enggan divaksin ditukarkan ke tempat lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bapa pelajar SKDH menuntut seorang guru yang enggan divaksin ditukarkan ke tempat lain.

JITRA – Sebilangan waris pelajar Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights (SKDH) di Bandar Darulaman dekat sini hari ini berhimpun secara aman bagi menuntut supaya seorang guru yang enggan divaksin di sekolah tersebut ditukarkan ke tempat lain.

Selain mengangkat sepanduk bagi menyatakan tuntutan itu, kalangan tujuh individu yang merupakan bapa kepada pelajar sekolah tersebut turut menyerahkan memorandum kepada Guru Besar SKDH, Burhanurdin Hasan.

Menurut bapa pelajar di situ, Mohd. Huzainy Ahmad, 44, tuntutan itu dibuat demi keselamatan anak-anak mereka yang bersekolah di situ.

“Saya difahamkan ketika ini pihak sekolah menempatkan guru terbabit di surau dan tidak membenarkannya mengajar secara bersemuka.

“Namun pada masa sama guru itu dikatakan tidaklah berada di dalam surau sepanjang masa dan tetap juga bergerak ke sana-sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI