fbpx

Cukup tampung 10 padang bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zain (dua kanan) menyerahkan tong minyak masak terpakai kepada wakil-wakil restoran di Malakat Mall yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail (kanan) dan lain-lain hari ini.

CYBERJAYA – Program 3R On Wheels yang dianjurkan oleh Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) sejak 2019 berjaya mengutip sebanyak 121,000 kilogram (kg) barangan kitar semula yang dianggarkan mampu untuk menampung 10 padang bola sepak.

Menerusi program tersebut, sisa kitar semula yang dikumpulkan itu antara usaha bersama dengan persatuan-persatuan penduduk, sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan syarikat swasta di seluruh Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, sepanjang tahun ini, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa negara dilanda Covid-19, 3R On Wheels berjaya mengumpulkan lebih 40,000 kg barangan kitar semula.

Menurutnya, jika dijumlahkan kutipan keseluruhan daripada 2019, ia melangkaui 121,000 kg barangan kitar semula yang berjaya diselamatkan daripada terus ke tapak pelupusan sampah.

“Kesemua barangan kitar semula ini kita rawat dan diasingkan di pusat Integrated Recycling Facility (IRF) kami di Fasiliti Invasi Kitar Semula (FIKS) di Presint 5, Putrajaya dan kemudiannya akan dihantar kepada pihak kilang bagi proses kitar semula.

“Ini adalah sebahagian daripada ekonomi kitaran,” katanya ketika berucap pada Program 3R On Wheels bersempena Recycle Fest anjuran bersama Alam Flora dan Malakat Mall di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zain berkata, program 3R On Wheels merupakan usaha berterusan Alam Flora Group dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kitar semula serta melihat sisa yang boleh dikitar semula itu sesuatu yang bernilai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI