fbpx
Ahli keluarga membawa jenazah Luna Aralyn untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, dekat sini hari ini. /FOTO NOR SHAFAWATI YUP

Bayi empat bulan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berada dalam keadaan lemah dan wajahnya pucat ketika di bawah jagaan pengasuh sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh memintanya datang segera kediamannya di Perumahan Tentera Kem 15 Ramd Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah.

“Sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn Amar Ridhwan, empat bulan telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.

“Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ Seremban untuk mendapatkan rawatan dan apabila sampai di kecemasan, bayi berkenaan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR),” katanya kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nanda, lebih kurang 30 minit kemudian ibunya dimaklumkan oleh petugas hospital bahawa anaknya gagal diselamatkan dan telah disahkan meninggal dunia.

“Punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh,” katanya. -K! ONLINE

 

POPULAR