fbpx

Agensi MAIWP perlu agresif jawab soalan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Daud ketika berucap pada Majlis Apresiasi MAIWP bersama pengamal media di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak seharusnya berdiam diri sebaliknya perlu menjawab dengan pantas terhadap tohmahan dan dakwaan tidak berasas mengenai sesuatu isu yang dikaitkan dengan mereka.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, tindakan pantas seperti menjawab isu yang tular di media sosial dapat memberi pencerahan segera kepada masyarakat mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Katanya, apa yang berlaku ketika ini ialah agensi-agensi MAIWP lambat untuk memberi respon kepada isu tular sehingga memberi pandangan negatif selagi belum dijelaskan.

“Kebanyakan agensi gagal memberi respond yang diharapkan apabila diberikan soalan-soalan panas.

“Kita perlu memberi perhatian serius kepada isu-isu yang ditimbulkan di laman-laman web kelolaan MAIWP dan memberi penjelasan kerana ia menjadi tanggungjawab kita menjawabnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi MAIWP bersama pengamal media di Hotel Shangri-La di sini hari ini.

Tambahnya, agensi tidak boleh mengharapkan media semata-mata untuk menangkis segala tohmahan dan fitnah kerana mereka mempunyai pelbagai platform media sosial untuk berbuat demikian.

Menurut Mohd. Daud, beliau berterima kasih kepada sesetengah agensi yang cakna dengan isu dengan memberi jawapan pantas bagi memberi penjelasan rasmi sekali gus dapat meredakan keadaan.

Dalam pada itu, Mohd. Daud menjelaskan peranan media terlalu besar dalam menaikkan imej MAIWP dengan melaporkan aktiviti dan jawapan balas kepada sesuatu isu.

“Misalnya isu pemberian vaksin. Kita ditohmah kononnya hanya beri kepada asnaf tetapi apa yang berlaku ialah golongan itu mendapat imunasi pada waktu pagi dan pada sebelah petang, ia dibuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Daud mempelawa pihak media supaya memberikan idea dan cadangan kepada pihaknya bagi memantapkan lagi khidmat mereka kepada orang ramai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI