fbpx

Kerajaan alu-alukan CCA kerajaan negeri Sabah, Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Datuk Seri Mohd. Bakke Salleh menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial atau Commercial Collaboration Agreement (CCA) antara Kerajaan Negeri Sabah dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Menara Kinabalu, di Kota Kinabalu pada Selasa.

PUTRAJAYA – Kerajaan mengalu-alukan pencapaian permuafakatan di antara kerajaan negeri Sabah dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam isu berkaitan industri minyak dan gas di negeri tersebut melalui sebuah perjanjian kolaborasi komersial (CCA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, CCA yang ditandatangani di Kota Kinabalu, Sabah hari ini tersebut merupakan mercu tanda dalam usaha sama pembangunan industri minyak dan gas di negeri berkenaan.

“Kerjasama strategik ini akan memberi kesan limpahan ekonomi yang lebih menyeluruh di negeri berkenaan.

“Perjanjian yang dimeterai juga akan membolehkan kerajaan negeri Sabah memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembangkan industri minyak dan gas melalui usaha sama erat bersama Petronas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, menurut Ismail Sabri, ia akan membuka lagi peluang perniagaan yang lebih meluas kepada syarikat-syarikat tempatan untuk berkecimpung di dalam industri khidmat minyak dan gas di Sabah.

Pada masa sama, ujar beliau, Petronas akan terus memainkan peranan sebagai syarikat petroleum milik negara dengan kuasa penuh dalam mengawal selia pembangunan industri minyak dan gas secara menyeluruh, selaras dengan undang-undang negara.

“Permuafakatan yang berjaya dicapai sesungguhnya melambangkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi memastikan pembangunan yang inklusif agar manfaat pembangunan negara dapat dinikmati bersama secara lebih adil dan saksama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI