fbpx

Hanya 8.4 peratus penduduk Pahang ambil dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus.

KUANTAN – Rakyat negeri ini masih belum ‘galak’ menerima dos penggalak vaksin Covid-19 apabila hanya 8.4 peratus daripada penduduk Pahang yang lengkap dua dos serta layak telah mendapatkan suntikan vaksin tambahan itu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sehingga kini hanya 85,788 orang daripada kira-kira 1.02 juta individu yang layak telah menerima suntikan berkenaan.

“Kita dapati rakyat Pahang masih belum galak untuk mendapatkan vaksin dos penggalak ini, mungkin mereka takut atau tidak faham kepentingan vaksin dos penggalak ini.

“Malah data terkini menunjukkan seramai 40 peratus rakyat Pahang tidak hadir mendapatkan vaksin dos penggalak walaupun telah diberi janji temu dalam MySejahtera,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Nor Azimi dalam isu ini pihaknya sedang giat mengadakan pelbagai aktiviti dan program untuk meningkatkan prestasi suntikan vaksin dos penggalak di negeri ini.

Jelasnya pelbagai program diadakan di pelbagai tempat seperti di masjid, pasar raya, balai raya dan tempat bersesuaian bagi memberikan penerangan dan nasihat agar masyarakat mengambil dos penggalak ini.

Beliau memberitahu vaksin dos penggalak sangat diperlukan bagi mengekalkan perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 memandangkan enam bulan selepas dos kedua tahap antibodi seseorang akan menurun.

“Betul, vaksin tidak mampu mencegah seseorang daripada mendapat jangkitan Covid-19 tapi ianya dibuktikan mampu mengurangkan kes lebih teruk dan komplikasi seperti kematian.

“Walaupun vaksin dos penggalak adalah satu pilihan tetapi biarlah kita membuat pilihan yang baik untuk perlindungan diri kita dan orang lain,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI