fbpx

Graduan OKU pesakit kanser tulang catat CGPA 3.03

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Amin menyampaikan skrol diploma kepada Mohamad Alif.

SHAH ALAM – Kekurangan diri bukan halangan buat pesakit kanser tulang, Mohamad Alif Aiman Juyana @ Azlan untuk membuktikan dirinya juga boleh cemerlang sebagaimana insan normal yang lain.

Mohamad Alif, 23, yang juga orang kelainan upaya (OKU) bukan sahaja aktif dalam sukan tenis dan mewakili negara dalam sukan paralimpik, malah turut mencatat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.03 bagi program Diploma Perniagaan Antarabangsa.

Anak sulung daripada empat beradik yang kehilangan kaki kanan ketika berusia 14 tahun akibat kanser tulang itu merupakan antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Ke-22 di sini semalam.

Ujarnya, sebagai OKU, dia perlu mencabar diri untuk mencuba segala perkara yang dilakukan oleh orang normal yang lain.

“Jangan memandang rendah terhadap diri sendiri. Kita juga boleh buat apa yang orang normal buat. Kuatkan semangat dan buktikan apa yang mampu kita buat dengan kekurangan yang ada pada diri kita,” katanya di sini.

Mohamad Alif menerima skrol diplomanya yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts. Mohamad Amin Hamat. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI