fbpx

Malaysia dipilih sebagai hab penyelidikan fizik serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika berucapa pada Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Fizik Sinaran ke-15 secara maya hari ini.

PETALING JAYA – Simposium Antarabangsa Fizik Sinaran (ISRP) Ke-15 berjaya meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi penyelidikan teknologi fizik sinaran dengan aplikasi daripada 44 negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ISRP merupakan landasan dan peluang yang terbaik untuk meneraju teknologi dan inovasi baharu bagi menambah baik teknologi sektor ekonomi untuk kesejahteraan masyarakat di seluruh negara.

“Di samping itu, manfaat diperoleh daripada ISRP bukan sahaja menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi malah turut meningkatkan reputasi Malaysia sebagai hab pengetahuan dan kreatif, serta meningkatkan potensi perdagangan dan pelaburan dalam sektor teknologi berkaitan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Fizik Sinaran Ke-15 di Universiti Sunway, Petaling Jaya Selangor secara maya hari ini.

Turut hadir, Presiden Universiti Sunway, Profesor Sibrandes Poppema, Pengerusi Simposium Antarabangsa Fizik Sinaran (ISRP) Ke-15 dan Presiden Persatuan Fizik Sinaran Antarabangsa (IRPS), Profesor Emeritus Dr. David A. Bradley dan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Siti A’iasah Hashim.

Tambah Khairy, kehadiran pandemik Covid-19 telah banyak mengubah kehidupan masyarakat di seluruh dunia dan kini sudah tiba masanya untuk negara lebih fokus dalam mengaplikasikan sains dan teknologi secara kreatif dan inovatif.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI