fbpx

AMK desak KPDNHEP selesaikan isu kenaikan harga barangan keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Syukri (kanan) menyerahkan memorandum bantahan yang diterima Mohd. Arifin bagi pihak menteri di pekarangan bangunan KPDNHEP di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan berhubung masalah kenaikan harga barangan keperluan asas yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia.

Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Ab. Razab berkata, kenaikan harga barangan asas mendatangkan kesan kepada perbelanjaan harian masyarakat khususnya kumpulan M40 yang kini turut berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang lain disebabkan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, kenaikan harga barangan makanan seperti sayur-sayuran, ayam, roti, telur ayam dan minyak masak dengan peningkatan harga dua kali ganda perlu segera diatasi.

“Sebagai contoh, beberapa laporan media telah mengenal pasti kenaikan harga sayur-sayuran sebanyak satu hingga dua kali ganda, yakni sebanyak RM2 hingga RM12 mengikut jenis sayur antaranya kubis, kubis bunga, sawi pendek, sawi, brokoli dan kacang buncis.

“Selain itu, harga ayam terus mencatatkan kenaikan harga semasa sehingga mencecah RM9.80 sekilogram, berbanding dengan lingkungan harga RM5.50 hingga RM7 sekilogram yang pernah dinikmati pengguna sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dia berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohd. Arifin A.M Noordin di hadapan bangunan kementerian di sini.

Pada masa sama, Ahmad Syukri berkata, harga telur ayam turut merekodkan kenaikan mendadak sehingga RM3 sepapan sejak sebulan lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima daripada para peniaga, kenaikan harga turut berlaku bagi barangan runcit seperti tepung, sardin dalam tin, susu pekat, beras, rempah kari, roti dan sos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI