fbpx

Kebanyakan jangkitan varian Omicron tidak serius – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan berkata, kes awal Omicron adalah bersimptom ringan atau tanpa gejala- AFP

GENEVA – Ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Soumya Swaminathan menasihati orang ramai supaya tidak panik berhubung varian Omicron kerana bukti awal menunjukkan kebanyakan kes menyebabkan simptom ringan atau tanpa gejala, lapor akhbar New York Post semalam.

Swaminathan berkata, walaupun varian tersebut dilihat merebak dengan cepat, belum ada tanda-tanda untuk mengubah suai vaksin sedia ada bagi melawan ‘varian membimbangkan’ itu.

‘’Kita perlu bersedia dan berhati-hati, jangan panik kerana kita ketika ini berada dalam situasi berbeza berbanding setahun yang lalu,’’ kata Swaminathan dalam satu persidangan.

Penjelasan itu dilakukan setelah wakil WHO memberitahu agensi berita Reuters awal minggu ini bahawa kebanyakan kes Omicron yang dilaporkan melibatkan gejala ringan.

Beliau menambah, tiada tanda-tanda bahawa vaksin sedia ada kurang berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian melibatkan varian Omicron.

Di Botswana, 16 daripada 19 kes terawal yang disahkan melibatkan jangkitan Omicron adalah tanpa gejala, demikian menurut seorang pegawai kesihatan kanan negara itu. 

Biarpun begitu, kes kemasukan he hospital meningkat secara mendadak di wilayah Gauteng, Afrika Selatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berpunca daripada varian Omicron. 

Data yang dikeluarkan Swaminathan menunjukkan kes Omicron meningkat dua kali ganda pada setiap hari di Afrika Selatan. Peningkatan itu menunjukkan lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan tahap jangkitan varian baharu itu, kata saintis.

Sementara itu, beberapa negara turut mencatatkan kes varian Omicron seperti Zimbabwe dengan 50 kes, Kanada dengan 11 kes dan Amerika Syarikat dengan 10 kes.

‘’Kita perlu memberi tumpuan untuk mevaksinasi golongan yang paling berisiko,’’ kata pengarah kecemasan WHO, Mike Ryan pada satu sidang akhbar semalam. – Agensi .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI