fbpx

Remaja berganti watak jantina menyamar tentera perdaya mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baju tentera yang dibeli suspek secara dalam talian bagi tujuan memperdayakan mangsa.

ALOR GAJAH – Seorang remaja lelaki diberkas polis selepas dipercayai menyamar sebagai ‘Mejar Shuhada’ sebelum memperdayakan mangsa menggunakan helah masalah peribadi dan urusan perkahwinan, kelmarin.

Suspek berusia 19 tahun itu diberkas pada pukul 9.15 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah bersama-sama pegawai tentera Kem Terendak, Sungai Udang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, hasil maklumat daripada pegawai tentera, suspek berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru.

Katanya, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai pakaian tentera berpangkat kapten dan aksesori.

“Hasil soal siasat suspek mengaku memperoleh pakaian tentera tersebut dengan cara pembelian atas talian.

“Susulan itu suspek ditahan dan siasatan lanjut mendapati remaja berkenaan telah memperdayakan seorang mangsa lelaki membabitkan kerugian RM21,400 dengan menggunakan helah masalah peribadi dan perkahwianan,” katanya.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan memainkan watak jantina berlainan iaitu sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi.

“Suspek akan memperdayakan mangsa melalui perkenalan menggunakan aplikasi WhastApp.

“Selain menipu wang, suspek juga terlibat dalam satu kes liwat yang dilaporkan seorang mangsa lelaki dalam kejadian berlaku di rumah sama antara 23 hingga 25 November lalu,” katanya.

Ujarnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakai askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI