fbpx

PPZ-MAIWP terima RM12 juta zakat perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IDRIS (tiga dari kiri) menyaksikan penyerahan zakat pada Majlis Zakat Korporat 2021 di Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pusat Pu­ngutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM12,035,334.43 daripada 18 sya­rikat korporat dalam Majlis Zakat Korporat 2021 di Masjid Negara di sini semalam.

Penyerahan zakat itu disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Turut hadir Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar; Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd. Nizam Yahya dan Pemangku Ketua Pe­gawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Antara 18 syarikat yang menu­naikan zakat perniagaan mereka ialah Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (RM2,437,779), Pharmaniaga Berhad (RM1,980,000), Zurich General Takaful Malaysia Berhad (RM1,208,144.66), CIMB Islamic Bank Berhad (RM1,000,000) dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (RM971,262)

Setakat November 2021, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat sebanyak RM632.2 juta berbanding tahun 2020 berjumlah RM584.3 juta yang mencatatkan peningkatan sebanyak 8 peratus.

Abdul Hakim berkata, PPZ-MAIWP mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP atas keprihatinan untuk bersama menggalas tanggungjawab dalam membantu asnaf dan mereka yang memerlukan.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua umat Islam untuk segera menunaikan zakat sebelum atau pada 31 Disember 2021 bagi mendapat rebat cukai pendapatan di samping membantu lebih ramai asnaf untuk bangkit dalam mengharungi situasi sukar Covid-19 ini,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI