fbpx

[KEMASKINI] tanah runtuh: Mayat pemandu Alphard, lori sayur tertimbus dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan polis membawa keluar mayat kedua mangsa kejadian tanah runtuh di KM 27.10 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley hari ini. -ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dua mayat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azmi Osman berkata, mangsa pertama ditemui ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Katanya, mayat lelaki berbangsa Cina disahkan sebagai Tan Chee Heng berusia 36 tahun yang maut dijumpai pada pukul 9.56 malam dan dibawa keluar pada pukul 10.12 malam.

“Mangsa yang dipercayai berasal dari Klang itu dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang.

“Mayat kedua ialah lelaki Melayu dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31 tahun iaitu pemandu lori sayur ditemui pada pukul 10.46 malam dan dibawa keluar pukul 11.33 malam.

“Mangsa yang berasl dari Tanjung Piandang, Parit Buntar itu pula dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Ipoh,” ujarnya di sini

Kedua-dua mayat telah dibawa keluar malam tadi dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

Difahamkan jarak antara dua kenderaan itu ditemui tertimbus adalah antara 10 hingga 20 meter.

Berdasarkan maklumat terkini, hanya dua buah kenderaan dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut iaitu MPV dan sebuah lori sayur.

Bagaimana pun, operasi mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat seperti jengkaut dan anggota kepakaran khas masih diteruskan.

Operasi dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Perak dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM Kuala Lumpur turut digunakan bagi membantu mengesan mangsa lain yang mungkin masih tertimbus. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI