fbpx

Emma Maembong mengaku masih berkawan dengan bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA MAEMBONG

PETALING JAYA – Kekal berkawan dengan bekas teman lelaki bukanlah satu hal yang mudah hendak dilakukan oleh mana-mana individu, namun berbeza pula halnya dengan pelakon cantik Emma Maembong.

Mengaku masih bersahabat dengan lelaki yang pernah disayanginya suatu ketika dulu, Emma, 29, menganggap perkara tersebut bukan satu kesalahan untuk berbaik dengan seorang individu yang pernah berada dalam kamus hidupnya.

“Ya, saya mengaku masih berkawan dengan bekas teman lelaki. Bagi saya, pada awal ketika baru berpisah memang normal jika wujud perasaan benci dan marah tetapi jika difikirkan semula, dia salah seorang yang pernah kita kenali dalam hidup.

“Dia mengetahui serba-serbi tentang diri kita seperti suka makan apa dan juga yang pernah ambil hati kita tetapi sayangnya dia tetap bukan jodoh kita,” katanya dalam satu hantaran InstaStory hari ini.

TANGKAP layar InstaStory pelakon filem Frontliner ini yang memaparkan seorang netizen bertanya mengenai cara untuk terus berkawan dengan bekas kekasih.

Tambah pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu, dia berpendapat tidak perlu untuk mewujudkan permusuhan dengan individu yang pernah dianggap lebih daripada seorang kawan.

“Buat apa kita nak bermusuh dengan seseorang yang pernah kita anggap lebih daripada seorang kawan.

“Bukankah lebih seronok ada seorang sahabat yang sudah tahu mengenai diri kita dan masih lagi berkawan. Mungkin dia tahu bagaimana untuk tenangkan kita.

“Pada awal dulu memang rasa geram sangat tetapi lama-kelamaan perlu sedar dia bukan jodoh kita. Tidak salah jika hendak berbaik dengan seseorang yang pernah jadi sebahagian daripada hidup dan tercatit dalam sejarah buku hidup kita,” ujarnya lagi.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail menjawab hal tersebut selepas ditanya oleh seorang pengikut Instagram mengenai bagaimana cara untuk terus berkawan dengan bekas kekasih.

“Macam mana nak terus berkawan dengan bekas kekasih? Maksudnya kekalkan hubungan yang sihat,” soal netizen tersebut.

Sebelum ini, Emma pernah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi foto hadir ke sebuah restoran milik bekas teman lelakinya, Zizan Razak.

Hubungan baik mereka turut menerima pujian daripada netizen yang menganggap dua selebriti tersebut sangat profesional.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI