fbpx

32 pelajar, pensyarah KMNS positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 32 orang pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah disahkan dijangkiti Covid-19 sehingga semalam.-GAMBAR HIASAN

KUALA PILAH – Seramai 32 pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di sini disahkan positif Covid-19, sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata, ketika ini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah juga telah mengisytiharkan institusi tersebut sebagai kawalan secara pentadbiran.

“Seramai 32 pelajar dan pensyarah telah didapati positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin semalam.

“Segala pergerakan masuk dan keluar kolej dalam tempoh ini adalah tidak dibenarkan. Kami juga telah meletakkan anggota polis dan Rela di kawasan berkenaan,” katanya hari ini.

Sementara itu, menurutnya, seramai 523 orang pelajar dan pensyarah telah menjalani ujian saringan Covid-19 sejak 18 November lalu sehingga kelmarin.

“Seramai 105 orang yang merupakan kontrak rapat sedang dikuarantin di kolej tersebut sehingga mendapat keputusan ujian saringan Covid-19,” katanya yang memberitahu jangkitan kes Covid-19 di situ telah dinamakan sebagai Kluster Intan Delima 2.0. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI