fbpx

Siasat kewujudan ‘kartel’ dalam Jabatan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel di pelbagai peringkat dalam pegawai Jabatan Imigresen (JIM).

KPISM dalam satu kenyataan berkata, pihak JIM juga perlu melakukan siasatan dalaman berhubung perkara itu bagi mengelak imej agensi itu tercalar.

“Kita memandang serius pendedahan ini dan berharap ia disiasat segera oleh pihak berwajib khususnya PDRM dan JIM.

“Pendedahan tanpa pembuktian akan mencemarkan imej Jabatan Imigresen dan boleh dimanipulasikan pihak tertentu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPSIM lagi, Bahagian Integriti serta Bahagian Inteligen Jabatan Imigresen perlu memainkan peranan kerana pendedahan tanpa pembuktian boleh mencemarkan imej agensi penguatkuasaan itu.

Jelasnya, siasatan segera mempamerkan Jabatan Imigresen bersungguh-sungguh memperkasakan integriti dan kewibawaan agensi itu.

“Ia membuktikan jabatan tidak berkompromi terhadap pihak cuba menggugat dan menggadai keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendedahkan kementeriannya menerima maklumat berhubung kewujudan kartel di pelbagai peringkat dalam kalangan pegawai imigresen sehingga menjejaskan tahap integriti jabatan berkenaan.

Beliau mendakwa, kehadiran kartel dengan pembabitan pegawai dalaman, membolehkan mereka bebas bertindak di pejabat jabatan berkenaan, termasuk di pintu masuk lapangan terbang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI