fbpx

Ramalan cuaca buruk di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diberi amaran hujan lebat dan ribut petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca tidak menentu itu melibatkan beberapa kawasan di setiap negeri yang terbabit sehingga pukul 2 petang ini.

“Di Kedah, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir adalah Langkawi manakala di Pulau Pinang kawasan yang terlibat adalah Barat Daya dan Timur Laut.

“Manakala di Perak, cuaca yang sama turut diramal di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, antara kawasan yang terjejas di Pahang ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

“Selain itu cuaca sama juga dijangka melanda seluruh kawasan Negeri Sembilan dan Melaka,” ujarnya.

Keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI