fbpx

Perak antara 9 negeri alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 8 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyatan di Facebooknya berkata, penduduk sembilan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada pagi ini.

“Di Perak, kawasan yang bakal mengalami hujan lebat berserta ribut petir ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Kelantan melibatkan kawasan di Gua Musang,” katanya di sini sebentar tadi.

Sementara itu, di Pahang melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Kuantan dan Bera manakala di Selangor cuaca yang sama diramal berlaku di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Selain itu, cuaca sama dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, seluruh negeri Melaka diramal alami cuaca buruk manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

“Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya lagi. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI