fbpx

Lindungi pemberi maklumat bantu perangi perdagangan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang sedang dinilai semula dan bakal dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi adalah bertepatan dengan masanya bagi menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku yang berlaku di organisasi awam dan institusi swasta.

Pengasas dan Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah (ACFE) cawangan Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, satu kerangka kerja yang kukuh diperlukan bagi melindungi pemberi maklumat yang  membantu menghapuskan perdagangan haram sehingga memberi kesan negatif kepada hasil tahunan kerajaan.

“Peranan pemberi maklumat amat diperlukan, terutamanya di dalam agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membanteras rasuah, yang menjadi faktor utama kepada melaratnya perdagangan haram seperti rokok seludup yang mengakibatkan negara kehilangan RM5 bilion dari segi hasil cukai yang tidak dikutip dalam setahun,’’ katanya dalam kenyataan.

Akhbar juga adalah Pemegang Kerusi Profesor di Institut Jenayah dan Kriminologi, HELP University dan bekas Presiden Transparency International Malaysia.

Menurut beliau,  agensi penguatkuasaan undang-undang sudah cukup maklum mengenai ketua-ketua sindiket dan ekosistem rumit yang menjana operasi rokok seludup secara besar-besaran, tetapi malangnya, tiada tindakan berterusan dan berkesan yang diambil sehingga sekarang. 

“Namun kita masih beruntung kerana ramai lagi pegawai penguatkuasaan undang-undang yang jujur, boleh diharap dan memiliki integriti yang tidak boleh digugat. 

Gambar hiasan

“Cuma, mereka perlu diperkasakan dengan Akta 711 yang lebih kuat bagi menggalakkan, menyokong dan melindungi mereka apabila bersuara menentang rasuah dan salah laku di dalam agensi masing-masing,’’ ujarnya.

Selain itu, tambah beliau, pemberi maklumat hendaklah diberi ganjaran sewajarnya kerana mendedahkan salah laku yang membawa kepada kejayaan penahanan, tindakan mencegah atau pendakwaan seperti tertakluk di bawah Seksyen 26 Akta 711.

Menurut laporan media, pihak berkuasa dan agensi kerajaan telah menerima sebanyak 73,545 laporan salah laku tetapi hanya 527 pengadu menerima perlindungan di bawah Akta 711 sejak 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI