fbpx

Kampung Alor Damat dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah yang dilanda banjir kilat di Kampung Alor Damat, Batu Rakit, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan Kampung Alor Damat, Batu Rakit di sini dilanda banjir kilat hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, banjir kilat yang bermula pada pukul 4 petang itu telah menjejaskan lima buah rumah di dalam perkampungan tersebut.

“Setakat ini, seramai 25 penduduk daripada lima keluarga terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot.

“Mereka terdiri daripada enam masing-masing lelaki dan wanita dewasa dan 13 kanak-kanak,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian awal, banjir kilat itu disebabkan sistem perparitan yang tidak sistematik.

“Kawasan Kampung Alor Damat yang agak rendah juga faktor mudah dilanda banjir kilat.

“Langkah berjaga-jaga terus diambil memandangkan cuaca masih hujan dan fenomena air pasang besar bakal melanda dalam masa terdekat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI