fbpx

Azzam Sham risau varian baharu ganggu majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZZAM Sham dan Sheryl Shazwanie akan disatukan sebagai suami isteri pada awal tahun depan.

PETALING JAYA – Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Azzam Sham memberitahu bahawa persiapan untuk hari pernikahannya dengan Sheryl Shazwani kini sudah siap 80 peratus.

Pun begitu, Azzam, 24, masih berahsia tentang tarikh sebenar perkahwinan mereka dan hanya memberitahu majlis tersebut akan diadakan pada awal tahun depan.

“Insya-Allah, saya akan kongsikan tarikh kepada peminat semua. Jika diizinkan Allah, majlis kami akan berlangsung awal tahun depan.

“Cuma disebabkan nak menjaga sensitiviti keluarga, saya tak boleh beritahu tarikh,” ujarnya ketika ditemu bual menerusi maya sempena peluncuran single baharunya, Baby Bambam baru-baru ini.

Pun begitu, penyanyi lagu Cinta Jangan Pergi itu mengakui berasa bimbang dengan keadaan semasa pandemik Covid-19 apabila terdapat penemuan varian baharu yang membimbangkan.

Justeru, Azzam atau nama lengkapnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham mengharapkan doa orang ramai agar majlis perkahwinan yang dirancang kelak berjalan dengan lancar.

“Kemunculan varian baharu memang membimbangkan sebab takut nanti akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi. Kalau boleh memang nak elak, tak nak jadi masa majlis berlangsung.

“Sebab kami hanya mampu merancang. Cuma minta dijauhkan daripada itu semua dan semoga majlis kami dipermudahkan,” katanya.

Azzam dan Sheryl mengikat tali pertunangan pada 30 September lalu selepas mula berkawan sejak 2015.

Sepatutnya, pasangan itu merancang bertunang pada Mei, namun hajat tersebut terpaksa ditunda pada September lalu gara-gara pelaksanaan PKP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI