fbpx

KLATCC bolehkan CAAM laksana perubahan struktur KLFIR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong bercakap pada sidang akhbar di KLATCC di Sepang hari ini. - Foto FAIZ ALIFF

SEPANG – Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) yang dirasmikan hari ini membolehkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melaksanakan perubahan struktur baharu ruang udara Kuala Lumpur (KLFIR).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, perubahan struktur baharu tersebut melibatkan pertambahan sektor iaitu daripada 7 kepada 14 sektor.

“Ini penting bagi industri terutamanya dalam membantu mereka dari segi pemendekan laluan penerbangan serta penjimatan bahan api hampir RM1 bilion setahun.

“Selain itu, KLATCC baharu ini juga dapat meningkatkan pergerakan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 kepada 108 pergerakan sejam dengan menggunakan tiga landasan secara serentak berbanding hanya 84 pergerakan sejam menggunakan dua landasan sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian KLATCC hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, jika dibandingkan dengan KLATCC Subang sebelum KLIA siap dibina, pusat kawalan itu hanya mampu menampung kapasiti maksimum sebanyak 38 pergerakan pesawat sejam di Lapangan Terbang Subang.

Justeru, katanya, dengan peningkatan dari segi kapasiti pergerakan pesawat, ia bukan sahaja memberi kelebihan kepada sektor penerbangan di Malaysia bahkan ia mampu menjadi salah satu daripada penyumbang sumber ekonomi kepada negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI